WELLCOME HOME

Friday, January 21, 2011

Ride Ke Perlis

Jom -jom kita nak ke perlis ni...Insyaallah, jika diizinkan Allah kami akan berkonvoi dari Melaka ke perlis dan pulau pinang pad 2,3 dan 4 Febuari 2011. Jika ada sesiapa lagi yang berminat nak join sila hubungi moderator atau Ayahanda presesin sengan kadar yang segera..

mapnya..

View Larger Map

Monday, January 17, 2011

Kenangan lebih setahun bersama er6

berbagai aktivit ride yang telah kami sertai bersama, samada kami ke utara, timur atau selatan tanah air bersama dengan kuda kawasaki kami. Diantara gambar yang masih dalam simpanan saya yang sesekali bila terpandang pasti mengusik jiwa ini yang sudah lama menyepi ride. Bukan kerana saya tidak menunggang moto lagi, tapi disebabkan banyak urusan yang menyebabkan saya sibuk hingga tidak berkesempatan untuk mengembara jauh.

Walau apa pun, insyaallah jika tidak ada halangan, saya akan sertai konvoi ke Perlis untuk meraikan majlis perkahwinan member er6 iaitu saudara Rawandi yang akan melangsungkan perkahwinan dengan teman hatinya pada 3 Febuari 2011 nanti. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat pengantin baru khas buat Rawandi dan isteri. Semoga bahagia ke akhir hayat bersama hendaknya.. Aminnn....

Baiklah ini dia gambar yang saya maksudkan itu..