WELLCOME HOME

Thursday, August 4, 2011

MY BIKE... MY RIDE

Rasa seronok yang teramat tak mampu ku sembunyikan apabila menerima kehadiran "orang baru". Mungkin raut wajah tak jauh berbeza, tetapi yang baru tetap tak sama dengan yang lama. Yang lama pula masih dan tetap dikenang... apatah lagi yang kat depan mata.
Maksud aku ialah kehadiran kuda besi versi yang terkini... iaitu er6f.

Walaupun baru 2 minggu memiliki moto er6f , jiwaku terasa cukup teruja apabila setiap pagi aku merenung ia yang berada didalam bilik stor rumahku, sebelum aku meneruskan langkah menuju ke tempat kerja. Perasaan ini akan menjadi lebik bahagia apabila dapat membawanya bersiar-siar di luar sana. Inilah rasa hati seorang insan biasa berjiwa bikers.

Hajat dihati teringin upgrade ke cc yang lebih tinggi, tetapi apabila  didifikirkan berulang kali, aku dapati moto ini memunyai banyak kekuatan dan kesitimewaan dan jiwa ini masih belum puas menunggangnya. Jadi tidak ada alasan untuk akuberbuat demikian. Masih ramai lagi pemuda gagah perkasa yang belum mampu memiliki kuda putih ini. Aku dengan rasa rendah diri meluahkan rasa syukur kehadrat Ilahi kerana dengan izinnya aku dipinjamkan nikmat ini dan aku akan jadikan ia azimat untuk mencari keredhaannya di muka bumi ini sebagai kesinambungan hidup ke alam yang kekal nanti..Aminn!!!