WELLCOME HOME

Monday, September 7, 2015

selamat datang September 2015

selamat kembali abang abang ikers yang suatu ketika dahulu belajarmengenali dunia permotoran dengan menunggang jentera kawasaki er6. Jentera ini memang mantap bergaya serupa dengan abang abang yang menggunakan jentera ini dan masih setia dengan kehebatannya. Walau bagaimanapun tidak dinafikan jentera ini agak baic dan perlukan penambahbaikan. Bagi mereka yang mempunyai budjet yang lebih, bolehlah mencuba jentera lain

Pada pandangan saya secara peribadi, sejujurnya jentera ini amat berkuasa dan sesuai menggunkaannya untuk tunggangan santai.

Wednesday, November 12, 2014

salam muhibbah salam sejahtera semua

Sudah lama aku menyepi dari dunia penulisan blog ini. Bukan dah benci atau apa apa sebab, cuma setiap hari kita dihambat oleh masa yang pastinya semakin terhad. Bilangan tugas pula semakin bertambah, sejajar denganeningkatan usia.

Friday, August 3, 2012

SELAMAT BERPUASA KEPADA MUSLIMIN

Bulan Ramadhan merupakan satu bulan yang sangat istimewa buat orang yang beriman dengan Allah dan Rasulnya. Amalan berpuasa bukan sekadar dengan menahan diri dari lapar dan dahaga. Kita juga dituntut menahan diri dari melakukan aktiviti-aktiviti yang dahulu boleh dilakukan pada bulan-bulan yang lain. Memang jjika sekali fikir semua ini mungkin menyukarkan kita melalui bulan ramadhan. Tetapi sesungguhnya Allah maha berkuasa lagi maha bijaksana. Suruhannya kepada kita, jika kita dapat melakukannya dengan penuh keikhlasan akan mendatangkan banyak kebaikan kepada kita, samada kita sedari atau tidak. Mungkin ada juga kebaikannya tidak kita mampu fikirkan.

Monday, July 23, 2012

Friday, March 23, 2012

Titanium Ride Melaka-Perlis 2/2/2011


Ride Ke Mersing

Baru-baru ni iaitu pada 3 Disember kami berlapan (cikgu Mohd Noor,  zack, cikgu Azhar, Fuad and Isteri, Saiffudin janggut dan Din Hospital) memlukan langkah seawal jam 7.30 pagi berkumpul di Petrol pam Caltex Semabuk sebelah lebuhraya AMJ. Selepas bersarapan pagi di warung berhampiran, kami bertolak ke petrol pam Shell Alor Gajah dan disana saudara Azri sedia menunggu dengan sebatang rokok di muncungnya.

Saturday, January 28, 2012

HATYAI DALAM INGATAN

Sesekali  apabila kesaorangan.... terkenang kembali peristiwa peristiwa berlaku semasa berada ditempat orang. kata orang, lain tempat lain padang. Lain orang, lain pula ragamnya. Pengalaman berada di Hatyai tak sampaipun mengambil masa sampai 24 jam. Oleh itu tidak banyak perkara yang boleh diceritakan... mungkin bikers-bikers yang lain bolehlah menyambung cerita mereka berkisar pengalaman berada di negara Thailand.

Pengalaman anda boleh dijadikan cerita untuk tatapan ahli dan yang bukan ahli semua.. betul tak!!!
Kami sampai di bandar Hatnyai dan mula cekin lebih kurang jam 4 petang. Lepas tu, saya pun menunaikan solat asar dan zohor jamak takhir dalam bilik yang tak ada kiblat. So saya lihat keluar bilik dan cari arah matahari condong.. Tawakkal saja la. Kemudian saya berkunjung ke bilik cikgu Md noor, nasib saya baik kerana kawan saya ini telah membawa kompas dari rumah lagi... Lebih kurang jam 6, saya dan cikgu Noor merayau-rayau sekeliling bandar dan membeli sedikit buah tangan untuk orang rumah.... nanti kalau tak dibelikan apa-apa, susah nak dapat permit mcm ni lagi.....

Monday, November 7, 2011

MOTO GP- SEPANG 28/10/2011





Kami bikers dari melaka bertolak dari kedai zong heng.....

Thursday, August 4, 2011

MY BIKE... MY RIDE

Rasa seronok yang teramat tak mampu ku sembunyikan apabila menerima kehadiran "orang baru". Mungkin raut wajah tak jauh berbeza, tetapi yang baru tetap tak sama dengan yang lama. Yang lama pula masih dan tetap dikenang... apatah lagi yang kat depan mata.
Maksud aku ialah kehadiran kuda besi versi yang terkini... iaitu er6f.

Walaupun baru 2 minggu memiliki moto er6f , jiwaku terasa cukup teruja apabila setiap pagi aku merenung ia yang berada didalam bilik stor rumahku, sebelum aku meneruskan langkah menuju ke tempat kerja. Perasaan ini akan menjadi lebik bahagia apabila dapat membawanya bersiar-siar di luar sana. Inilah rasa hati seorang insan biasa berjiwa bikers.

Hajat dihati teringin upgrade ke cc yang lebih tinggi, tetapi apabila  didifikirkan berulang kali, aku dapati moto ini memunyai banyak kekuatan dan kesitimewaan dan jiwa ini masih belum puas menunggangnya. Jadi tidak ada alasan untuk akuberbuat demikian. Masih ramai lagi pemuda gagah perkasa yang belum mampu memiliki kuda putih ini. Aku dengan rasa rendah diri meluahkan rasa syukur kehadrat Ilahi kerana dengan izinnya aku dipinjamkan nikmat ini dan aku akan jadikan ia azimat untuk mencari keredhaannya di muka bumi ini sebagai kesinambungan hidup ke alam yang kekal nanti..Aminn!!!