WELLCOME HOME

Monday, March 15, 2010

Kunjungan versys dari Muar ke MITC Ayer Keroh

Dua orang guru yang juga bikerz tinggal di Tangkak, Muar telah kebosanan tiada aktiviti lasak semasa cuti telah menefon saya  sekadar membuat kunjungan dan mengkhabarkan aktiviti mereka sepanjang tahun 2010 ni.
Saudara zamri akan ke Thailand lagi. Yang  terdekat, beliau akan kesana pada bulan 6 berkereta dengan isteri tersayang dan seterusnya pada hujung tahun bersama bikerz lain. Wah gempak... kalau dah kaki moto.. tak terkata saya. Saya hati ada kecik sikit kalau nak gi ride jauh-jauh ni. Bukan tak berani. Tapi tak tahan rindu berpisah dengan anak-anak kesayangan kat rumah. Raut wajah mereka, senyum tangis hilai ketawa mereka adalah pengerak nadi ini. Bayangkan kalau berpisah lama sehari dua degan mereka.. makan pun tak lalu, mandi pun tak basah. itulah suara hati insan yang bergelar bapakkk..

bro zamri.. selalu teringat thailand...

kami bertiga di subaidah, MITC

Bro Zamri dan Bro Anuar

Claim lampu belakang under warrenty

Ada satu perpatah yang saya baru dengan dari saudara amy baru-baru ini iaitu : kawasaki kawe suko" . Entah dari mana dia dapat ungkapan ini saya kurang pasti. mungkin dari kengkawan dari k.l la agaknya. Satu yang saya suka tentang kawasaki ialah, mudah kita claim peralatan yang rosak. Dalam seminggu - dua alatan ganti yang baru akan sampai ke bengkel untuk diperbaiki. Setakat ini saya sudah claim 2 barang iaitu lampu brake belakang dan oil seal water pump.

Mungkin ada dikalangan kita yang tak puasa hati dengan bengkel moto kat melaka ni. Seantero dunia memang tak puas hati dalam hal-hal tertentu. Apa pun kawe nak goyak yang kawe suko sokmo kat kawasaki. Kalau dah banyak norr jek kawasaki, lepas ni kenalah upgrade ke moto lain pulak. he--he--

Lampu baru..
sedih hati, bila lihat gabak dikerjakan moto kesayangan ni..

Moto ni belum ada owner.. cepat-cepat siapa cepat dia dapat...

Sunday, March 14, 2010

Ascort upahan ER 6 Mengiringi Pengantin

Seramai 10 bikers dari melaka telah bersedia sejak awal pagi lagi. Mereka berkumpul di Stesen minyak Petronas Ayer Keroh. Matlamat mereka ialah ingin memeriahkan rombongan pengantin lelaki ( dari kedah)yang bertandang kerumah penantin perempuan di tampin. Bikez ini diberi upah untuk program hari ini, walaupun sebahagian dari kami cuba menolakknya namun apakan daya.. rezeki datang bergolek...cepat-cepat kita sambar. kata orang tua-tua " rezeki jangan ditolak, musuh pula jangan lah dicari" betul tak?

Pengantin lelaki dan rombongan sedia bertandang ke rumah pegantin perempuan

Bro Fuad sedang berbincang dengan abang pengatin lelaki

Wandi ...peace!!!

bikerz upahan..

wah... ni dia marshall. bro bob

Friday, March 5, 2010

Budak 5 tahun yang pelat

Nurul Auni Izzati yang baru memulakan alam persekolah sejak awal Januari yang lalu nampak bersemangat setiap pagi untuk meneruskann sesi persekolahan di sekolah Tadika JAIM Bukit Pegoh. Anak ini walaupun pelat, tetapi banyak doa-doa dan lagu telah dihafalnya. Hanya ibu dan ayahnya sahaja yang mengerti apa yang dipertuturkan olehnya. Semoga Allah memberkati beliau. Amin







  
comot nye..
  

  


Kempen Nilam kat rumah

TTS berhampiran dengan kapal Samudera

Jumaat, 5 Mac 2010, jam 10 malam, sekawan bikers menerjah kegelapan malam berkumpul untuk sesi TTS. Sambil makan dan minum, mereka bersembang hal-hal berkaitan motor, politik dan fotografi dan juga program menjelajah Singapura. Yang pasti mereka nekad dengan moto naked mereka ke destinasi yang dituju.
 Tak nampak ape pun. helmet aje.. pasal ape helmet lebih mahal dari bajunye..

 Apalah yang diborakkan oleh dia orang tu... senyum sengih...
panau rama diwaktu malam sekita bandar melaka

hai!! moto pun nak posing jugak!..

permandangan yang tak asing di Banda Hilir

Beso beno kapal ni..

RIDE AND SHOOT PICTURES

Aktiviti diwaktu petang..
Kat rumah je..
Saya orang baru dalam dunai fotografi. Berikut adalah beberapa contoh gambar yang saya ambil untuk menambah kemahiran selepas belajar teknik fotografi dari kekawan. Terima kasih saya pada saudara Edy yang banyak membantu memberi tunjuk ajar dalam dunia foto ini.

Kat sana tu.. si Edi

  
Ride ke masjid pulak............


sejuk mata memandang..
 
menjelajah masjid jamek Sultan Ismail, Muar
  
berkilat nye..
  
eh..kau cari apa tu???
 
kau juga pandai posing baik...


Hello bro! tension je.. apa sal..? ditingglkan kekasih hati ke?