WELLCOME HOME

Saturday, January 28, 2012

HATYAI DALAM INGATAN

Sesekali  apabila kesaorangan.... terkenang kembali peristiwa peristiwa berlaku semasa berada ditempat orang. kata orang, lain tempat lain padang. Lain orang, lain pula ragamnya. Pengalaman berada di Hatyai tak sampaipun mengambil masa sampai 24 jam. Oleh itu tidak banyak perkara yang boleh diceritakan... mungkin bikers-bikers yang lain bolehlah menyambung cerita mereka berkisar pengalaman berada di negara Thailand.

Pengalaman anda boleh dijadikan cerita untuk tatapan ahli dan yang bukan ahli semua.. betul tak!!!
Kami sampai di bandar Hatnyai dan mula cekin lebih kurang jam 4 petang. Lepas tu, saya pun menunaikan solat asar dan zohor jamak takhir dalam bilik yang tak ada kiblat. So saya lihat keluar bilik dan cari arah matahari condong.. Tawakkal saja la. Kemudian saya berkunjung ke bilik cikgu Md noor, nasib saya baik kerana kawan saya ini telah membawa kompas dari rumah lagi... Lebih kurang jam 6, saya dan cikgu Noor merayau-rayau sekeliling bandar dan membeli sedikit buah tangan untuk orang rumah.... nanti kalau tak dibelikan apa-apa, susah nak dapat permit mcm ni lagi.....