WELLCOME HOME

Friday, August 3, 2012

SELAMAT BERPUASA KEPADA MUSLIMIN

Bulan Ramadhan merupakan satu bulan yang sangat istimewa buat orang yang beriman dengan Allah dan Rasulnya. Amalan berpuasa bukan sekadar dengan menahan diri dari lapar dan dahaga. Kita juga dituntut menahan diri dari melakukan aktiviti-aktiviti yang dahulu boleh dilakukan pada bulan-bulan yang lain. Memang jjika sekali fikir semua ini mungkin menyukarkan kita melalui bulan ramadhan. Tetapi sesungguhnya Allah maha berkuasa lagi maha bijaksana. Suruhannya kepada kita, jika kita dapat melakukannya dengan penuh keikhlasan akan mendatangkan banyak kebaikan kepada kita, samada kita sedari atau tidak. Mungkin ada juga kebaikannya tidak kita mampu fikirkan.