WELLCOME HOME

Thursday, September 24, 2009

RUMAH TERBUKA MENGUKUHKAN UKUWAH

Anak cikgu..
skeletah kanak-kanak
Fuad sedang menjamu selera..
Steven dan Faizal



Azman dan isteri, Ayu serta anak-anak

Cikgu telah mengadakan rumah terbuka dalam keadaan sederhana dengan menjemput rakan-rakan bikerz ke rumahnya pada hari rabu 23/09/09 jam 8 mlm. Kata beliau, bikerz dijemput ke rumah beliau untuk sama sama mengenali keluarga er6 yang semakin berkembang. Seorang lagi bikerz er6 baru, En. Faizal dari merlimau turut hadir sama menyerikan majlis ini. Turut hadir sama Mr Fuad Kawa, Sarifuddin (din janggut), Din petronas, Azman air con bersama keluarga, dan Stevan Lok (GPZ). Lebih kurang jam 12 mlm jemputan mula meninggalkan rumah cikgu.

Thursday, September 3, 2009

TTS dibulan Ramadan al Mubarak 1/9/09


Assalamualaikum. Selamat berpuasa dibulan yang mulia ini, iaitu bulan Ramadhan dimana dalam bulan ini Allah menganurerahkan rahmatnya, keampunannya kepada kita umat manusia.
Walaupun sibuk dengan aktiviti masing-masing dengan solat terawih diwaktu malam, kami tetap berkesmpatan bertemu untuk sesi TTS, memanjangkan silaturahim dikalangan warga ER6.
Baru-baru ini kami bertemu di Restoran roti terbang yang terkenal di Telok mas. Maklumlah biasanya siang hari tak dapat makan roti. so malam ni kami pulun la...

Saturday, August 22, 2009

Gambar - gambar ride ke Pulau Pinang 2009



MAKAN MLM DI BAYAN BARU BERSAMA RAKAN RAKAN

WAH!BERGAYA SAKAN DAPAT PAKAI T SHIRT SPONSER MERDEKA PENANG RIDE YE!...



KENANGAN FUADKAWA DI CAMERON HIGHLAND LEPAS LAYAN CORNER SIMPANG PULAI







Satu perjalanan yang cukup mencabar mental dan fizikal.

Tuesday, August 11, 2009

Dalam Kenangan

Minum air tuak.. masa ni on the way dari lumut balik semula ke Melaka. Dari kiri, Mat Johan, Zamri dan Rosli
Syok dapat tengok jelapang padi, seluas mata memandang. teringat pula masa kecik - kecil dulu.. berlari atas batas..

berhenti kejap.. nak lihat peta. takut nanti salah jalan ., masa tu belum ada GPS. terpaksa guna peta dan kompas aje..he..he.
First bike.. vulcan 500.

Thursday, July 9, 2009

Trip ke DesArU





Pada 27 dan 28 Jun 09, saya telah menyertai konvoi bermotosikal dari Melaka ke Desaru. Saya dan bro Fuad menaiki ER6 dan selebihnya menggunakan moto easy rider. Bergalaskan semangat yang kental, kami dengan kekuatan anggota seramai 25 orang memulakan perjalanan. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, cuma beberapa peserta konvaoi menghadapi beberapa masalah teknikal, namun begitu semuanya dapat diatasi dengan baik.