WELLCOME HOME

Saturday, January 28, 2012

HATYAI DALAM INGATAN

Sesekali  apabila kesaorangan.... terkenang kembali peristiwa peristiwa berlaku semasa berada ditempat orang. kata orang, lain tempat lain padang. Lain orang, lain pula ragamnya. Pengalaman berada di Hatyai tak sampaipun mengambil masa sampai 24 jam. Oleh itu tidak banyak perkara yang boleh diceritakan... mungkin bikers-bikers yang lain bolehlah menyambung cerita mereka berkisar pengalaman berada di negara Thailand.

Pengalaman anda boleh dijadikan cerita untuk tatapan ahli dan yang bukan ahli semua.. betul tak!!!
Kami sampai di bandar Hatnyai dan mula cekin lebih kurang jam 4 petang. Lepas tu, saya pun menunaikan solat asar dan zohor jamak takhir dalam bilik yang tak ada kiblat. So saya lihat keluar bilik dan cari arah matahari condong.. Tawakkal saja la. Kemudian saya berkunjung ke bilik cikgu Md noor, nasib saya baik kerana kawan saya ini telah membawa kompas dari rumah lagi... Lebih kurang jam 6, saya dan cikgu Noor merayau-rayau sekeliling bandar dan membeli sedikit buah tangan untuk orang rumah.... nanti kalau tak dibelikan apa-apa, susah nak dapat permit mcm ni lagi.....

Monday, November 7, 2011

MOTO GP- SEPANG 28/10/2011





Kami bikers dari melaka bertolak dari kedai zong heng.....

Thursday, August 4, 2011

MY BIKE... MY RIDE

Rasa seronok yang teramat tak mampu ku sembunyikan apabila menerima kehadiran "orang baru". Mungkin raut wajah tak jauh berbeza, tetapi yang baru tetap tak sama dengan yang lama. Yang lama pula masih dan tetap dikenang... apatah lagi yang kat depan mata.
Maksud aku ialah kehadiran kuda besi versi yang terkini... iaitu er6f.

Walaupun baru 2 minggu memiliki moto er6f , jiwaku terasa cukup teruja apabila setiap pagi aku merenung ia yang berada didalam bilik stor rumahku, sebelum aku meneruskan langkah menuju ke tempat kerja. Perasaan ini akan menjadi lebik bahagia apabila dapat membawanya bersiar-siar di luar sana. Inilah rasa hati seorang insan biasa berjiwa bikers.

Hajat dihati teringin upgrade ke cc yang lebih tinggi, tetapi apabila  didifikirkan berulang kali, aku dapati moto ini memunyai banyak kekuatan dan kesitimewaan dan jiwa ini masih belum puas menunggangnya. Jadi tidak ada alasan untuk akuberbuat demikian. Masih ramai lagi pemuda gagah perkasa yang belum mampu memiliki kuda putih ini. Aku dengan rasa rendah diri meluahkan rasa syukur kehadrat Ilahi kerana dengan izinnya aku dipinjamkan nikmat ini dan aku akan jadikan ia azimat untuk mencari keredhaannya di muka bumi ini sebagai kesinambungan hidup ke alam yang kekal nanti..Aminn!!!



Tuesday, March 8, 2011

WELCOME 2ND ANIVERSARY AND PHOTO PLAYBACK FERNO GROUP

FIRST ANNIVERSARY FERNO GROUP APRIL 2010. KUALA LUMPUR .SEE YOU SOON AT LUMUT THIS 9 APRIL 2011 2ND ANNIVERSERY

Wednesday, February 9, 2011

Titanium Ride Melaka-Perlis 2/2/2011

Bro Din Janggut
Bro cikgu Zaidi
Bro Cikgu Azhar Jambori
Bro Azri
Bro Fuadkawa" Wave Racing full system"
Bro Fuad Highway


Home stay 3 hari 2 malam kami kat sini  berhadapan dengan permandangan sawah padi.memang cun sekali lebih lebih pada waktu pagi udaranya sangat nyaman dan sejuk.
Hai! Sempat pulak nak test sampan kat belakang Home stay.Cikgu hati hati jangan sampai terlucut kain.takut ikan sambo pulak.
Kami kembali di zaman purba.sexy tak...posing dulu sebelum kami mandi pagi.Yang kat tepi pagar mat maco mana pulak menyebok sama.
Hai !wandi akhir nya hang kahwin gak.tak menyesal kami datang dari melaka demi kawan sejati.

Friday, January 21, 2011

Ride Ke Perlis

Jom -jom kita nak ke perlis ni...Insyaallah, jika diizinkan Allah kami akan berkonvoi dari Melaka ke perlis dan pulau pinang pad 2,3 dan 4 Febuari 2011. Jika ada sesiapa lagi yang berminat nak join sila hubungi moderator atau Ayahanda presesin sengan kadar yang segera..

mapnya..

View Larger Map

Monday, January 17, 2011

Kenangan lebih setahun bersama er6

berbagai aktivit ride yang telah kami sertai bersama, samada kami ke utara, timur atau selatan tanah air bersama dengan kuda kawasaki kami. Diantara gambar yang masih dalam simpanan saya yang sesekali bila terpandang pasti mengusik jiwa ini yang sudah lama menyepi ride. Bukan kerana saya tidak menunggang moto lagi, tapi disebabkan banyak urusan yang menyebabkan saya sibuk hingga tidak berkesempatan untuk mengembara jauh.

Walau apa pun, insyaallah jika tidak ada halangan, saya akan sertai konvoi ke Perlis untuk meraikan majlis perkahwinan member er6 iaitu saudara Rawandi yang akan melangsungkan perkahwinan dengan teman hatinya pada 3 Febuari 2011 nanti. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat pengantin baru khas buat Rawandi dan isteri. Semoga bahagia ke akhir hayat bersama hendaknya.. Aminnn....

Baiklah ini dia gambar yang saya maksudkan itu..