WELLCOME HOME

Sunday, January 17, 2010

Escot KL bikers ke kedai Mee Rebus Tengkera

Ahad, 17 Januari 2010. Ferno Melaka telah berkesempatan mengiringi kumpulan bikers dari Kuala lumpur seramai 25 orang yang bermula dari Klebang menuju ke Tengkera sejauh 5 km sahaja. Menurut Bro Fuad, biker dari KL teringin sangat merasai kelazatan makanan panas mee soup dan cha kuih teow rebus special di Tengkera. Adalah difahamkan kedai ini telah beroperasi lebih dari 20 tahun yang turut menyediakan makanan mee sup special. Menurut rakan bikerz melaka, cikgu Asman, keenakan rasa makanan yang disediakan tidak berubah. Ini kerana beliau mula mengunjungi kedai ini sejak beliau berada di bangku sekolah lagi.  Setahu saya makan mee.. memang la ara rasa mee. takkan pulak rasa nasi briani pulak.
apa senyum senyum ni... tak ada makwe kat sini la..
Nak bergerak ke Tengkera ke?? kan baru samapai ni...
kanape cikgu man? Macam nak marah pun ada..tak puas hati dengan sapa ni. (bikers dari melaka)
Malang memang tak berbau.. tapi bro fuad ni, baru je jatuh moto tadi. takziah diucapkan. jangan bersedih ye..hah tu!! dah suka pun dia..
slider je terkehel... masih boleh diurut oleh mekanik. nanti boleh pakai semula la. tapi tangan tu yang luka kena lah hantar ke hospital.
Bergamabar ferno melaka dan muar