WELLCOME HOME

Sunday, March 14, 2010

Ascort upahan ER 6 Mengiringi Pengantin

Seramai 10 bikers dari melaka telah bersedia sejak awal pagi lagi. Mereka berkumpul di Stesen minyak Petronas Ayer Keroh. Matlamat mereka ialah ingin memeriahkan rombongan pengantin lelaki ( dari kedah)yang bertandang kerumah penantin perempuan di tampin. Bikez ini diberi upah untuk program hari ini, walaupun sebahagian dari kami cuba menolakknya namun apakan daya.. rezeki datang bergolek...cepat-cepat kita sambar. kata orang tua-tua " rezeki jangan ditolak, musuh pula jangan lah dicari" betul tak?

Pengantin lelaki dan rombongan sedia bertandang ke rumah pegantin perempuan

Bro Fuad sedang berbincang dengan abang pengatin lelaki

Wandi ...peace!!!

bikerz upahan..

wah... ni dia marshall. bro bob

Friday, March 5, 2010

Budak 5 tahun yang pelat

Nurul Auni Izzati yang baru memulakan alam persekolah sejak awal Januari yang lalu nampak bersemangat setiap pagi untuk meneruskann sesi persekolahan di sekolah Tadika JAIM Bukit Pegoh. Anak ini walaupun pelat, tetapi banyak doa-doa dan lagu telah dihafalnya. Hanya ibu dan ayahnya sahaja yang mengerti apa yang dipertuturkan olehnya. Semoga Allah memberkati beliau. Amin







  
comot nye..
  

  


Kempen Nilam kat rumah

TTS berhampiran dengan kapal Samudera

Jumaat, 5 Mac 2010, jam 10 malam, sekawan bikers menerjah kegelapan malam berkumpul untuk sesi TTS. Sambil makan dan minum, mereka bersembang hal-hal berkaitan motor, politik dan fotografi dan juga program menjelajah Singapura. Yang pasti mereka nekad dengan moto naked mereka ke destinasi yang dituju.
 Tak nampak ape pun. helmet aje.. pasal ape helmet lebih mahal dari bajunye..

 Apalah yang diborakkan oleh dia orang tu... senyum sengih...
panau rama diwaktu malam sekita bandar melaka

hai!! moto pun nak posing jugak!..

permandangan yang tak asing di Banda Hilir

Beso beno kapal ni..

RIDE AND SHOOT PICTURES

Aktiviti diwaktu petang..
Kat rumah je..
Saya orang baru dalam dunai fotografi. Berikut adalah beberapa contoh gambar yang saya ambil untuk menambah kemahiran selepas belajar teknik fotografi dari kekawan. Terima kasih saya pada saudara Edy yang banyak membantu memberi tunjuk ajar dalam dunia foto ini.

Kat sana tu.. si Edi

  
Ride ke masjid pulak............


sejuk mata memandang..
 
menjelajah masjid jamek Sultan Ismail, Muar
  
berkilat nye..
  
eh..kau cari apa tu???
 
kau juga pandai posing baik...


Hello bro! tension je.. apa sal..? ditingglkan kekasih hati ke?



  
 

Sunday, January 17, 2010

Escot KL bikers ke kedai Mee Rebus Tengkera

Ahad, 17 Januari 2010. Ferno Melaka telah berkesempatan mengiringi kumpulan bikers dari Kuala lumpur seramai 25 orang yang bermula dari Klebang menuju ke Tengkera sejauh 5 km sahaja. Menurut Bro Fuad, biker dari KL teringin sangat merasai kelazatan makanan panas mee soup dan cha kuih teow rebus special di Tengkera. Adalah difahamkan kedai ini telah beroperasi lebih dari 20 tahun yang turut menyediakan makanan mee sup special. Menurut rakan bikerz melaka, cikgu Asman, keenakan rasa makanan yang disediakan tidak berubah. Ini kerana beliau mula mengunjungi kedai ini sejak beliau berada di bangku sekolah lagi.  Setahu saya makan mee.. memang la ara rasa mee. takkan pulak rasa nasi briani pulak.
apa senyum senyum ni... tak ada makwe kat sini la..
Nak bergerak ke Tengkera ke?? kan baru samapai ni...
kanape cikgu man? Macam nak marah pun ada..tak puas hati dengan sapa ni. (bikers dari melaka)
Malang memang tak berbau.. tapi bro fuad ni, baru je jatuh moto tadi. takziah diucapkan. jangan bersedih ye..hah tu!! dah suka pun dia..
slider je terkehel... masih boleh diurut oleh mekanik. nanti boleh pakai semula la. tapi tangan tu yang luka kena lah hantar ke hospital.
Bergamabar ferno melaka dan muar

Friday, January 1, 2010

Wellcome new year



Baru betul... nampak bunga api....

Malam tahun baru..semoga suksess selalu..


Aktiviti di malam tahun baru 2010

MELEPER KE KUALA KELAWANG







Sebelum meleper.. kita leperkan dulu perut ni..(kat pekan Tampin)


Apa hal lak ni... sejak bila masuk suku ni?


Apa lagi ni.. signboard ni.. ada tak kena ke?


Aktiviti kemuncak sebelum tahun 2009 menutup tirai ialah ekspedisi Ferno Melaka menjelajah Kuala Kelawang dimana kami berkumpul di Petrol Pam Petronas Ayer Keroh jam 8 pagi pada hari ahad 27 Disember 2009.